MISI |
| Membangun Potensi Murid Melalui Pendidikan Berkualiti Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. |
|
|
| VISI |
| SMK Padang Berampah menjadi Sekolah Terbaik di Daerah Sipitang menjelang tahun 2013. |
|
| NILAI |
| * Teamwork |
| * Akauntabiliti |
| * Profesionalisme |
| * Integriti |
|
| Pautan ke Blog Sekolah Lain |
|
| |
| Masa BM, BI Ditambah 2011 |
| Sunday, March 21, 2010 |
KUALA LUMPUR 20 Mac - Kabinet telah membuat keputusan untuk menambah masa pembelajaran subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah berkuat kuasa pada sesi persekolahan 2011.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penambahan itu adalah selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) berikutan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Beliau memberitahu, bagi sekolah kebangsaan (SK), penambahan masa hanya untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris iaitu dari 240 kepada 330 minit seminggu bagi tahap satu manakala tahap dua dari 210 kepada 300 minit seminggu.
Beliau berkata, bagi sekolah jenis kebangsaan (SJK), penambahan masa melibatkan kedua-dua mata pelajaran itu.
''Bagi Bahasa Inggeris penambahan masa untuk tahap satu adalah dari 60 kepada 120 minit seminggu manakala tahap dua dari 90 kepada 120 minit seminggu.
''Bagi Bahasa Malaysia pula, untuk tahap satu ditambah dari 270 kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua dari 180 kepada 270 minit seminggu,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa penambahan masa itu tidak akan menyebabkan sesi persekolahan dipanjangkan.
Katanya, pihak kementerian juga akan mengolah kurikulum supaya ia menjadi lebih kreatif bagi memastikan proses pembelajaran yang menyeronokkan.
"Ia tidak akan menyebabkan waktu persekolahan menjadi panjang kerana kita buat pengubahsuaian mana waktu kita (perlu) kurangkan dan mana waktu yang kita (perlu) tambah," katanya.
sumber : utusan malaysia onlineLabels: Berita |
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 1:56 PM  |
|
|
|
| Gerhana Bulan Separa Dijangka Jumaat Ini |
| Thursday, December 31, 2009 |
PUTRAJAYA, Dis 30 – Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.
Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.
“Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.
Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.
Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.
“Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam,” kata Jakim. – BernamaLabels: Berita |
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 11:05 PM  |
|
|
|
| PENGGREDAN BARU SPM MULAI 2009 |
| Sunday, October 18, 2009 |
PUTRAJAYA: Sistem penggredan baru bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diluluskan lebih mudah untuk mengkategorikan pelajar cemerlang bagi kelayakan biasiswa dan mengikuti pengajian di universiti. Melalui penilaian baru itu, pelajar akan diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred baru itu akan menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G. Penilaian baru itu akan membabitkan semua calon SPM yang akan menduduki peperiksaan itu tahun ini. Walaupun dilaksanakan tahun ini, proses ini tidak membabitkan perubahan dasar sedia ada dan calon tidak perlu khuatir kerana sistem gred ini hanya memberi perincian kepada pecahan tahap pencapaian mereka yang menduduki peperiksaan. . Kaedah ini menggantikan sistem sekarang yang tidak mempunyai pecahan (gred) untuk calon cemerlang.
Sebelum ini jumlah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dengan jumlah keseluruhan A begitu ramai dan meningkat setiap tahun. Berdasarkan sistem itu, adalah sukar bagi Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi memilih mereka yang benar-benar cemerlang dan layak menerima pembiayaan pengajian. Penilaian semula gred SPM itu juga adalah sejajar dengan langkah kerajaan menyediakan Biasiswa Perdana yang dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik.Perincian gred juga memudahkan kementerian menyediakan program terbaik kepada pelajar selain memberikan khidmat rundingan yang sesuai dengan program yang bakal diikuti mereka di universiti sama ada dalam atau luar negara. Pihak kementerian sudah memaklumkan kepada semua pengetua supaya memberi penerangan mengenai sistem baru itu kepada calon yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Ibu bapa juga boleh merujuk kepada sekolah untuk maklumat lanjut.
Perubahan ini akan menghasilkan pelajar yang lebih berdaya saing dalam peperiksaan dan menyuntik semangat mereka untuk memberikan yang terbaik untuk dipilih mengikuti program latihan dan layak menerima pembiayaan seperti diumumkan Perdana Menteri,Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan bahawa satu kategori baru akan diwujudkan dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memberi keistimewaan kepada pelajar berdasarkan merit semata-mata dan bukan bangsa.
Labels: Berita |
posted by Pena Mutiara @ 8:05 PM  |
|
|
|
| Info H1N1 |
| Wednesday, July 29, 2009 |

Apakah Selesema Babi? Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Adakah Virus Ini Berjangkit? CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia? Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit. Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari? Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda: * Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya. * Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan. * Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini. * Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.Jika anda sakit anda perlu:- * Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan; * Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit. Labels: Berita |
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 8:17 PM  |
|
|
|
| Program Sihat Minda Dan Lawatan Rasmi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah Ke Bahagian Pedalaman Bawah |
| Saturday, May 9, 2009 |
Beaufort, 09 Mei 2009 (Sabtu). Pelancaran program sihat minda dan lawatan rasmi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negari Sabah telah diadakan di Dewan Sekolah St. Paul Beaufort. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB En. Kamarlin Hj Ombi Adun N.27 Lumadan. Antara program lawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Datuk Haji Awang Zaini Hj Suntim ke Bahagian Pedalaman Bawah ialah penyampaian sijil-sijil kepimpinan pengakap dan watikah perlantikan kepada pemimpin-pemimpin pengakap.
  Labels: Berita |
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 5:47 PM  |
|
|
|
| Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Daerah Sipitang 2009 |
| Thursday, May 7, 2009 |
Sipitang, 07 Mei 2009 (Khamis). Pertandingan Bahas Bahasa Melayu ala Perlimen sekolah menengah peringkat daerah sipitang tahun 2009 telah diadakan di SMK Padang Berampah. Sebanyak 3 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut iaitu SMK Pengiran Omar, SMK Padang Berampah dan SMK Pengiran Omar II. Keputusan rasmi pertandingan tersebut SMK Padang Berampah (Johan), SMK Pengiran Omar (Naib Johan) dan SMK Pengiran Omar II (Ke-3). Syabas dan tahniah di atas kejayaan ini.

Labels: Berita |
posted by Pena Mutiara @ 8:25 PM  |
|
|
|
| Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah Sipitang 2009 |
| Monday, May 4, 2009 |
Sipitang, 04 Mei 2009 (Isnin) telah diadakan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah peringkat Daerah Sipitang bertempat di Dewan Serbaguna Sipitang. SMK Padang Berampah telah menghantar seramai 9 orang peserta untuk mengikuti pertandingan nasyid sempena festival tersebut bagi kategori sekolah menengah. Keputusan rasmi SMK Padang Berampah mendapat tempat ke-3, manakala Nurhazizan Md. Saidi (4 Ikhlas) dinobatkan sebagai solo terbaik kategori sekolah menengah. Pegawai SMKPB yang terlibat:
- Ustazah Noraini Hj Mohd Yusuf ( Jurulatih)
- Ustaz Khalil Illias (Guru Pengiring)

 Labels: Berita |
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 3:41 PM  |
|
|
|
| Mengapa 16 Mei Disambut Sebagai Hari Guru |
| Friday, May 1, 2009 |
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.
DEFINISI LOGO HARI GURU

Warna-warna yang terdapat pada logo Hari Guru:
PUTIH Melambangkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
PERAK Melambangkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh.
KUNING Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti terkandung dalam bendera Malaysia.
MERAH Melambangkan keteguhan semangat.
BIRU Melambangkan perpaduan dan muhibah.Labels: Berita |
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 4:26 PM  |
|
|
|
| Tema Perayaan Hari Guru 2009 |
|
Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Rasional pemilihan tema tersebut ialah:
a. Guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuang dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui system pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar. b. Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan kepesatan dunia luar. c. Kecekapan dan keberkesanan guru menerusi system pendidikan membina negara bangsa yang berjaya. d. Peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.
Lagu Tema Hari Guru 2009
Bersedia melangkah megah Walaupun sukar baktiku curah Demi mu ibu pertiwi Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa Kukuhkan cinta kepada Negara Berjasa terus berjasa Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa Gagah perjuangkan visi Negara Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa Tetap Unggul senadakan suara Sehaluan menggapai matlamatnya Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin Pengubah Muzik : Marzuki bin TambiLabels: Berita |
posted by Pena Mutiara @ 2:40 PM  |
|
|
|
| Tragedi Sungai Meligan |
| Wednesday, March 18, 2009 |

Gambar kecil dibawah adalah Emiliyana Joseph, Pelajar SMK Padang Berampah yang terselamat dalam tragedi tersebut. #Untuk mendapatkan cerita lanjut sila dapatkan akhbar utusan borneo 18 March 2009Labels: Berita |
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 10:15 AM  |
|
|
|
| Banjir Di Beaufort... |
| Monday, March 16, 2009 |

Labels: Berita |
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 8:27 PM  |
|
|
|
| Pelajar Cemerlang SPM 2008 SMK Padang Berampah |
| Thursday, March 12, 2009 |

Tahniah.... kepada Adik Nenddy Bin Balang kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2008. Beliau mendapat 3A1, 1A2, 4B dan 1E. Labels: Berita |
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 2:25 PM  |
|
|
|
|
| Pautan PENTING |
|
|
| Penulis |
1. SMKPB
2. Mr. Etok Gatz
3. Editor MB
4. Unknown
5. Pena Mutiara
6. elnino moona
|
| Kiriman Terdahulu |
|
| Capaian |
|
|
| E-Surat Khabar |
|
|
| Pautan |
|
|
| Pautan ke Laman Ilmu |
|
|
|