Terima kasih kerana melawat blog ini. Anda merupakan pelawat yang ke:

 


MISI
Membangun Potensi Murid Melalui Pendidikan Berkualiti Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
VISI
SMK Padang Berampah menjadi Sekolah Terbaik di Daerah Sipitang menjelang tahun 2013.
NILAI
* Teamwork
* Akauntabiliti
* Profesionalisme
* Integriti
Pautan ke Blog Sekolah Lain
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Saturday, August 30, 2008
Lawatan sambil belajar akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 01 September 2008 (Isnin)
Masa dijangka bertolak : 6.50 pagi
Masa dijangka kembali : 6.00 petang

Lokasi Lawatan :
  1. Taman Hidupan Liar, Lok Kawi
  2. Muzium Negeri Sabah, Kota Kinabalu
  3. Pantai Tanjung Aru (berehat)

Kepada yang terlibat, sila patuhi masa untuk memastikan program ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

posted by SMKPB, Sipitang Sabah @ 1:07 AM   1 comments
Cuti Pertengahan Semester Ke 2
Friday, August 15, 2008
Cuti Sekolah selama seminggu akan bermula pada 16 Ogos 2008 sehingga 24 Ogos 2008. Semoga cuti ini memberi manfaat kepada semua warga SMKPB.

... kepada yg balik kampung, " selamat balik kampung"
... kepada yg pergi melancong, "selamat pergi melancong"
... kepada yg tidak pergi ke mana-mana, "duduk sahajalah di rumah ya..."

Selamat Bercuti dan Jumpa Lagi .....



posted by Anonymous @ 8:50 AM   0 comments
BERITA HARIAN (13 OGOS 2008)
Wednesday, August 13, 2008
Untuk renungan;

"Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah"
...Jose Joaquin Olmedo




posted by SMKPB, Sipitang Sabah @ 7:00 AM   0 comments
BERITA HARIAN (12 OGOS 2008)
Tuesday, August 12, 2008


Untuk bacaan Berita Harian hari ini...

  1. BPR siasat 2 pemimpin bahagian

  2. Mendoza dituduh beraksi bogel

  3. Sukan Olimpik: Mew Choo, Choong Hann gegar

  4. Pengurusan KLIA tidak babit Imigresen negeri
  5. Lelaki paling gemuk dibawa bersiar
posted by SMKPB, Sipitang Sabah @ 7:18 AM   0 comments
Kelab Hoki SMKPB
Monday, August 11, 2008
Kelab Hoki melabuhkan tirai aktivitinya pada 09 Ogos 2008. Barisan ahli kelab sempat bergambar dengan guru penasihat kelab.

Di bawah bimbingan En. Joshua Tuah dan En. Felix Bin Kunjin

posted by Anonymous @ 9:51 AM   2 comments
Kelab ICT & Multimedia SMKPB
Perjumpaan terakhir Kelab ICT & Multimedia pada 09 Ogos 2008. Aktiviti akhir kelab ialah mengambil gambar kenang-kenangan.



Ahli Kelab ICT & Multimedia

Ahli Kelab Ting. 5





posted by Anonymous @ 9:36 AM   1 comments
SMKPB VS SMK Merapok, Lawas
Friday, August 8, 2008

Pasukan Bolasepak Guru2 SMKPB telah bertandang ke SMK Merapok, Lawas pada 07 Ogos 2008. Misi utamanya ialah ingin menewaskan Pasukan Bolasepak Guru2 SMK Merapok namun hajat tidak kesampaian apabila kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1.

Masa pertama menunjukan tiada sebarang gol dicipta... persembahan kedua2 pasukan pada masa pertama hambar mengecewakan puluhan penonton yg hadir menyaksikan perlawanan sensasi tersebut. SMKPB dikejutkan dengan gol awal hasil sepakan sudut dan disudahkan dengan tandukan kemas oleh penyerang SMK Merapok. Gol tersebut menyemarakkan lagi semangat tinggi SMKPB bagi memburu gol penyamaan. Gol penyamaan dan penyelamat maruah SMKPB hadir pada minit ke-15 apabila pemain tengah(Rosli) melorong bola kepada pemain sayap kiri(Joshua) kemudian menghantar kemas kepada penyerang(Felix) dan seterusnya menyumbat masuk gol. Ledakan gol tersebut tidak terhalang oleh penjaga gol kerana terlalu kencang. Selepas itu serangan bertubi-tubi dilakukan oleh SMKPB tetapi nasib tidak menyebelahi. Selesai perlawanan tersebut, acara penyampaian cenderahati daripada SMK Merapok kepada pengurus pasukan SMKPB iaitu En. Peter K.

En. Peter K ( Pengurus Pasukan ) menerima cederahati drp SMK Merapok, Lawas

Gambar kenangan ke dua2 pasukan

Pengurus Pasukan memberi kata2 semangat kepada semua pemain

posted by Anonymous @ 10:01 AM   1 comments
PROGRAM EXCEL 2
Monday, August 4, 2008
Murid-murid Tingkatan 3 akan menduduki Peperiksaan Percubaan selama seminggu manakala murid-murid tingkatan 5 selama 2 minggu iaitu bermula pada 04 Ogos dan berakhir pada 15 Ogos. Program EXCEL ini menekankan penguasaan murid-murid terhadap subjek teras dan beberapa subjek elektif.

Peperiksaan percubaan ini adalah gelanggang awal murid-murid memerah otak bagi meningkatkan prestasi sendiri sebelum peperiksaan sebenar. Semoga dgn adanya EXCEL ini, sekolah berharap murid2 dapat memberikan keputusan yg memberansangkan agar tenaga pengajar lebih yakin dan bersemangat mencapai sasaran sekolah yg telah ditetapkan.
posted by Anonymous @ 10:23 AM   0 comments
Pautan PENTING
Penulis
1. SMKPB
2. Mr. Etok Gatz
3. Editor MB
4. Unknown
5. Pena Mutiara
6. elnino moona
Kiriman Terdahulu
Capaian
E-Surat Khabar
Pautan
Pautan ke Laman Ilmu
http://smpbsipitang.blogspot.com