Terima kasih kerana melawat blog ini. Anda merupakan pelawat yang ke:

 


MISI
Membangun Potensi Murid Melalui Pendidikan Berkualiti Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
VISI
SMK Padang Berampah menjadi Sekolah Terbaik di Daerah Sipitang menjelang tahun 2013.
NILAI
* Teamwork
* Akauntabiliti
* Profesionalisme
* Integriti
Pautan ke Blog Sekolah Lain
Dunia Komputer Akan Kiamat ?
Tuesday, March 31, 2009

Pada 1 April 2009 dikatakan Conficker.C, versi terbaru dari worm Conficker, khabarnya akan mulai beroperasi yang akan menyerang berjuta-juta komputer termasuk komputer anda. Sayangnya, sampai saat ini belum ada yang mengetahui apa yang akan terjadi pada komputer saat program berbahaya (malware) itu bekerja.
Hal yang perlu diketahui adalah bahawa analisis keamanan komputer memperkirakan bahawa versi terbaru ini akan memiliki kemampuan yang lebih baik dari dahalu. Salah satunya adalah mematikan fungsi anti virus mahupun software penghapus Conficker.Conficker.C tak akan mudah dinyahkan. Pembuat worm ini akan dengan berleluasa memasukkan kod-kod berbahaya ke dalam komputer anda, seperti spam, mencuri ID dan sebagainya.
Berikut ini beberapa saranan untuk anda:
1. Aktifkan antivirus yang betul-betul dapat menangani Conficker. Dua antivirus yang pernah diuji kemampu menangani Conficker adalah Kaspersky dan Eset.
2.Anda boleh menggunakan tool penghapus Conficker seperti Gmer, F-Secure EasyClean dan sebagainya.
3. Bila mencurigai komputer Anda diserang Conficker, jangan gunakan ia untuk mengakses benda-benda yang menggunakan ID khusus, seperti e-banking.

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 10:16 PM   0 comments
Kempen Matikan Lampu....
Saturday, March 28, 2009

Pada tahun ini, WWF Malaysia dan rakan media akan melancarkan Earth Hour 2009, di mana buat julung-julung kalinya di lancarkan di Malaysia. Earth Hour adalah satu program untuk menyebarkan kesedaran mengenai penjimatan tenaga dan kepanasan global dengan cara yang amat mudah : Setiap orang, di mana juga anda berada, adalah di galakkan untuk menutup lampu selama satu jam pada 28 Mac 2009 mulai jam 8.30 malam hingga 9.30 malam...

P/s :Kepada pemandu kenderaan jangan pula anda matikan lampu kenderaan anda...bahaya tu

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 9:35 AM   0 comments
Perjumpaan Ko-Kum Kali Ke-3 SMK Padang Berampah
Tuesday, March 24, 2009

Perjumpa Ko-Kum SMK Padang Berampah untuk kali ke-3 telah diadakan pada hari selasa 24.03.2009 bermula jam 7.00am hingga 3.30pm. Perjumpaan ko-kum seperti biasa dimulai dengan perhimpunan, perjumpaan untuk sukan dan permainan, unit beruniform dan seterusnya perjumpaan kelab dab persatuan.

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 8:06 AM   0 comments
Tragedi Sungai Meligan
Wednesday, March 18, 2009

Gambar kecil dibawah adalah Emiliyana Joseph, Pelajar SMK Padang Berampah yang terselamat dalam tragedi tersebut.
#Untuk mendapatkan cerita lanjut sila dapatkan akhbar utusan borneo 18 March 2009

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 10:15 AM   0 comments
Banjir Di Beaufort...
Monday, March 16, 2009

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 8:27 PM   0 comments
Perkahwinan Pn. Maznah Bte Md Yusof (Staf SMKPBS)
Sunday, March 15, 2009



Assalamualikum dan selamat berhujung minggu...Tahniah diucapkan kepada puan Maznah kerana melangsungkan majlis perkahwinan pada hari ini....Maka tamatlah zaman bujang beliau semoga kedua-dua mempelai akan kekal berbahagia sehingga keakhir hayat...




berikut adalah sebahagian foto-foto rakan-rakan sekerja yg sempat menghadiri majlis perkahwinan tersebut.




posted by Editor MB @ 4:18 PM   1 comments
Hari-Hari Terakhir Seorang AKS Yang Berdedikasi.....
Thursday, March 12, 2009

Tanggal 13 Mac 2009 , merupakan hari terakhir bagi beliau untuk berkhidmat di SMK Padang Berampah. Pn Rusinah Marasin telah ditempatkan bertugas di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (Hospital Sipitang) sebagai Pembantu Tadbir (P/O)N17. Mula bertugas di SMK Padang Berampah pada 02/09/1997 sehingga 13 Mac 2009 hampir 12 tahun.

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 8:07 PM   0 comments
Pelajar Cemerlang SPM 2008 SMK Padang Berampah


Tahniah.... kepada Adik Nenddy Bin Balang kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2008. Beliau mendapat 3A1, 1A2, 4B dan 1E.

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 2:25 PM   0 comments
Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan 2009
Wednesday, March 11, 2009
Lulusan SPM yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menceburi profesion keguruan sebagai guru sekolah di Malaysia adalah dipelawa untuk mengikuti salah satu program yang tersebut di bawah:

1. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC).
2. Program Kembar Bahasa Perancis (PKBP)
3. Program Kembar Bahasa Jerman (PKBJ)
4. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

#Untuk maklumat lanjut layari :http://www.moe.gov.my/

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 9:02 PM   0 comments
Keputusan SPM, STAM 2008
Tuesday, March 10, 2009
Keputusan SPM, STAM 2008 12 Mac2009

KUALA LUMPUR 5 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada12 Mac ini.Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan hari ini berkata, calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing- masing bermula pukul 10pagi."Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri," katanya.Sementara itu, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 akan diumumkan pada 10 Mac ini.Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan berkata, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing bermula pukul 12 tengah hari manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM JARAK No. kad pengenalan dan hantar ke39003 atau laman web Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my/ mulai pukul 12 tengah hari pada hari berkenaan.
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 10:56 PM   0 comments
Mesyuarat Tahunan PIBG 2009
Mesyuarat Tahunan PIBG 2009 SMK Padang Berampah akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari : Rabu
Tarikh : 11 Mac 2009
Masa : 09.00am
Tempat : Dewan Kantin SMK Padang Berampah.
Perasmi : YB Tuan Hj Ahmad Bin Hj Bujang.

Semua Ibu Bapa dan warga SMK Padang Berampah dijemput beramai-ramai hadir, terdapat cabutan hadiah bertuah khas untuk ibu bapa yang bertuah.

#"Daun selasih daun semulih, pohon pinang jambatan mandi, mari kita bertambah kasih, kasih berpanjangan mengikat janji".
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 4:47 PM   0 comments
Maulidur Rasul 1430H/2009M
Monday, March 9, 2009
Pada 9 Mac 2009M bersamaan 12 Rabiul Awal 1430H merupakan tarikh ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang juga disebut sebagai Maulidur Rasul. Tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1430H/2009M adalah "Wahdah Pemangkin Khayru Ummah".
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 9:26 AM   0 comments
Majlis Penutupan Kem Kepimpinan Pelajar 2009
Sunday, March 8, 2009

Majlis penutupan Kem Kepimpinan Pelajar 2009 telah disempurnakan oleh Puan Pengetua SMK Padang Berampah Pn Hjh Roslinah Hj Suhailin kira-kira jam 10.45am(8 Mac 2009) di Pusat Ko-Kurikulum, SK Merintaman. Tahniah dan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung.


#Kalau ada sumur di ladang boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang tahun depan kita adakan lagi....


posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 3:27 PM   1 comments
Aktiviti Hari Kedua Kem Kepimpinan Pelajar 2009

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 12:48 AM   0 comments
Aktiviti Hari Pertama Kem Kepimpinan Pelajar 2009
Friday, March 6, 2009
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 10:01 PM   0 comments
Kem Kepimpinan Pelajar 2009

Kem Kepimpinan Pelajar 2009 SMK Padang Berampah pada tahun ini diadakan di Pusat Ko-Kurikulum, SK Merintaman bermula 06-08 Mac 2009. Program ini antaranya bertujuan menanam sikap bertanggung jawab terhadap diri sendiri, sekolah, agama, bangsa, negara dan keluarga semasa menjalankan tugas masing-masing di sekolah. Diharapkan agar program ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

#Kita Mungkin Datang Melalui Kapal Yang Berbeza, Tetapi Kita Semua Sedang Berada Di Dalam Perahu Yang Sama....Marthin Luther King.

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 5:45 PM   0 comments
Pautan PENTING
Penulis
1. SMKPB
2. Mr. Etok Gatz
3. Editor MB
4. Unknown
5. Pena Mutiara
6. elnino moona
Kiriman Terdahulu
Capaian
E-Surat Khabar
Pautan
Pautan ke Laman Ilmu
http://smpbsipitang.blogspot.com