Terima kasih kerana melawat blog ini. Anda merupakan pelawat yang ke:

 


MISI
Membangun Potensi Murid Melalui Pendidikan Berkualiti Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
VISI
SMK Padang Berampah menjadi Sekolah Terbaik di Daerah Sipitang menjelang tahun 2013.
NILAI
* Teamwork
* Akauntabiliti
* Profesionalisme
* Integriti
Pautan ke Blog Sekolah Lain
Pengumuman Headcount
Tuesday, May 26, 2009
Kepada semua Ketua Panitia dan Penolong KP, sila lengkapkan borang HC 1 dan serahkan kepada penyelaras headcount selewat-selewatnya pada 27 Mei 2009. Borang-borang boleh di download di bawah:
Borang Headcount 1,5 dan 6 (PMR) : http://www.slingfile.com/file/Ky1mBVwniT
Borang Headcount 2 (PMR) : http://www.slingfile.com/file/NEDpHg1LyS
Borang Headcount 3 (PMR) : http://www.slingfile.com/file/At2337dh5r
Borang Headcount 4 (PMR) : http://www.slingfile.com/file/bXz9LssjFq
Borang Headcount 1 (SPM) edit versi : http://www.slingfile.com/file/iyC4t7vEwz
Borang Headcount 2 (SPM) : http://www.slingfile.com/file/lf8PBU8LlG
Borang Headcount 3 (SPM) : http://www.slingfile.com/file/GiHJrWr7sd
Borang Headcount 4 (SPM) : http://www.slingfile.com/file/iyC4t7vEwz

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 5:12 PM   0 comments
Sambutan Hari Guru 2009
Saturday, May 16, 2009
Sipitang, 16 Mei 2009(Sabtu). SMK Padang Berampah telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah bertempat di dewan kantin sekolah.Pelbagai acara telah diadakan sempena sambutan hari guru pada tahun ini antaranya pertandingan badminton, kempen derma darah,sukaneka untuk guru-guru, malam BBQ dan seterusnya pada 16.05.2009 diakhiri dengan majlis penutupan.

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 6:41 PM   1 comments
PENGUMUMAN KEPADA SEMUA GURU DAN AKS SMKPB
Thursday, May 14, 2009
PENGUMUMAN KEPADA SEMUA GURU DAN AKS

KEPUTUSAN PTK MAC 2009 AKAN DIUMUMKAN PADA 18 MEI 2009. TUAN PUAN BOLEH MENYEMAK KEPUTUSAN PTK MELALUI DUA CARA:

1) MELALUI INTERNET: http://www.mpm.edu.my/ptkreg/index.php
mulai jam 8:30 pagi, 18 May 2009

2) MELALUI SMS: taip PTK No. K/P dan hantar ke 39003
mulai 12:01 tengah malam, 18 May 2009

PENGUMUMAN KEDUA KEPADA SEMUA GURU DAN AKS SMKPB SATU TAKLIMAT TENTANG PTK UNTUK BULAN OGOS, OKTOBER DAN DISEMBER AKAN DIADAKAN PADA:
TARIKH: 18 MEI 2009
TEMPAT: BILIK GERAKAN
MASA: 12.30 TENGAH HARI

SEMUA GURU DAN AKS WAJIB HADIR

SEMOGA BERJAYA

INFO: GURU DATA
posted by Editor MB @ 2:30 PM   0 comments
Program We Concern We Care
Wednesday, May 13, 2009
Sipitang, 12 Mei 2009 (Selasa).Unit Disiplin dan Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama PIBG, PDRM, Prostar dan AADK telah mengadakan program we concern we care untuk pelajar SMK Padang Berampah. Seramai 72 orang pelajar telah mengikuti program tersebut yang telah diadakan di bilik gerakan sekolah.

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 10:11 PM   0 comments
Sajak Guru O Guru
Tuesday, May 12, 2009
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Labels:

posted by Pena Mutiara @ 9:58 PM   0 comments
Program Sihat Minda Dan Lawatan Rasmi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah Ke Bahagian Pedalaman Bawah
Saturday, May 9, 2009
Beaufort, 09 Mei 2009 (Sabtu). Pelancaran program sihat minda dan lawatan rasmi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negari Sabah telah diadakan di Dewan Sekolah St. Paul Beaufort. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB En. Kamarlin Hj Ombi Adun N.27 Lumadan. Antara program lawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Datuk Haji Awang Zaini Hj Suntim ke Bahagian Pedalaman Bawah ialah penyampaian sijil-sijil kepimpinan pengakap dan watikah perlantikan kepada pemimpin-pemimpin pengakap.

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 5:47 PM   0 comments
Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Daerah Sipitang 2009
Thursday, May 7, 2009
Sipitang, 07 Mei 2009 (Khamis). Pertandingan Bahas Bahasa Melayu ala Perlimen sekolah menengah peringkat daerah sipitang tahun 2009 telah diadakan di SMK Padang Berampah. Sebanyak 3 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut iaitu SMK Pengiran Omar, SMK Padang Berampah dan SMK Pengiran Omar II. Keputusan rasmi pertandingan tersebut SMK Padang Berampah (Johan), SMK Pengiran Omar (Naib Johan) dan SMK Pengiran Omar II (Ke-3). Syabas dan tahniah di atas kejayaan ini.


Labels:

posted by Pena Mutiara @ 8:25 PM   0 comments
Kempen Derma Darah Sempena Hari Guru SMK Padang Berampah
Wednesday, May 6, 2009
Sipitang, 05 Mei 2009. SMK Padang Berampah dengan kerjasama Hospital Sipitang telah menganjurkan kempen derma darah khusus untuk guru-guru dan ibu bapa sempena sambutan hari guru peringkat sekolah.


Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 12:10 AM   0 comments
Sekitar Hari Keluarga SMK Padang Berampah Tahun 2009
Monday, May 4, 2009
Lawas, Sarawak. 02 Mei 2009, Kelab Kebajikan Dan Rekreasi SMK Padang Berampah telah mengadakan hari keluarga bertempat di Kg Pengalih Lawas, Sarawak. Berbagai aktiviti dan sukaneka telah diadakan antaranya pertandingan baling telur, membuat teh tarik, makan pisang dan membawa kacang menggunakan copstik. Berikut beberapa rakaman yang sempat dirakam oleh kamera kami.

Labels:

posted by Pena Mutiara @ 7:58 PM   0 comments
Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah Sipitang 2009
Sipitang, 04 Mei 2009 (Isnin) telah diadakan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah peringkat Daerah Sipitang bertempat di Dewan Serbaguna Sipitang. SMK Padang Berampah telah menghantar seramai 9 orang peserta untuk mengikuti pertandingan nasyid sempena festival tersebut bagi kategori sekolah menengah. Keputusan rasmi SMK Padang Berampah mendapat tempat ke-3, manakala Nurhazizan Md. Saidi (4 Ikhlas) dinobatkan sebagai solo terbaik kategori sekolah menengah.

Pegawai SMKPB yang terlibat:
  1. Ustazah Noraini Hj Mohd Yusuf ( Jurulatih)
  2. Ustaz Khalil Illias (Guru Pengiring)


Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 3:41 PM   0 comments
Mengapa 16 Mei Disambut Sebagai Hari Guru
Friday, May 1, 2009
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.

DEFINISI LOGO HARI GURU









Warna-warna yang terdapat pada logo Hari Guru:

PUTIH
Melambangkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

PERAK
Melambangkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh.

KUNING
Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti terkandung dalam bendera Malaysia.

MERAH
Melambangkan keteguhan semangat.

BIRU
Melambangkan perpaduan dan muhibah.

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 4:26 PM   0 comments
Tema Perayaan Hari Guru 2009
Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Rasional pemilihan tema tersebut ialah:

a. Guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuang dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui system pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar.
b. Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan kepesatan dunia luar.
c. Kecekapan dan keberkesanan guru menerusi system pendidikan membina negara bangsa yang berjaya.
d. Peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.

Lagu Tema Hari Guru 2009

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Labels:

posted by Pena Mutiara @ 2:40 PM   0 comments
Pautan PENTING
Penulis
1. SMKPB
2. Mr. Etok Gatz
3. Editor MB
4. Unknown
5. Pena Mutiara
6. elnino moona
Kiriman Terdahulu
Capaian
E-Surat Khabar
Pautan
Pautan ke Laman Ilmu
http://smpbsipitang.blogspot.com