MISI |
Membangun Potensi Murid Melalui Pendidikan Berkualiti Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. |
|
|
VISI |
SMK Padang Berampah menjadi Sekolah Terbaik di Daerah Sipitang menjelang tahun 2013. |
|
NILAI |
* Teamwork |
* Akauntabiliti |
* Profesionalisme |
* Integriti |
|
Pautan ke Blog Sekolah Lain |
| |
Tema Perayaan Hari Guru 2009 |
Friday, May 1, 2009 |
Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Rasional pemilihan tema tersebut ialah:
a. Guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuang dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui system pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar. b. Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan kepesatan dunia luar. c. Kecekapan dan keberkesanan guru menerusi system pendidikan membina negara bangsa yang berjaya. d. Peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.
Lagu Tema Hari Guru 2009
Bersedia melangkah megah Walaupun sukar baktiku curah Demi mu ibu pertiwi Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa Kukuhkan cinta kepada Negara Berjasa terus berjasa Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa Gagah perjuangkan visi Negara Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa Tetap Unggul senadakan suara Sehaluan menggapai matlamatnya Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin Pengubah Muzik : Marzuki bin TambiLabels: Berita |
posted by Pena Mutiara @ 2:40 PM |
|
|
|
Pautan PENTING |
|
Penulis |
1. SMKPB
2. Mr. Etok Gatz
3. Editor MB
4. Unknown
5. Pena Mutiara
6. elnino moona
|
Kiriman Terdahulu |
|
Capaian |
|
E-Surat Khabar |
|
Pautan |
|
Pautan ke Laman Ilmu |
|
|