Sipitang, 04 Mei 2009 (Isnin) telah diadakan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah peringkat Daerah Sipitang bertempat di Dewan Serbaguna Sipitang. SMK Padang Berampah telah menghantar seramai 9 orang peserta untuk mengikuti pertandingan nasyid sempena festival tersebut bagi kategori sekolah menengah. Keputusan rasmi SMK Padang Berampah mendapat tempat ke-3, manakala Nurhazizan Md. Saidi (4 Ikhlas) dinobatkan sebagai solo terbaik kategori sekolah menengah. Pegawai SMKPB yang terlibat:
- Ustazah Noraini Hj Mohd Yusuf ( Jurulatih)
- Ustaz Khalil Illias (Guru Pengiring)

 Labels: Berita |