MISI |
Membangun Potensi Murid Melalui Pendidikan Berkualiti Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. |
|
|
VISI |
SMK Padang Berampah menjadi Sekolah Terbaik di Daerah Sipitang menjelang tahun 2013. |
|
NILAI |
* Teamwork |
* Akauntabiliti |
* Profesionalisme |
* Integriti |
|
Pautan ke Blog Sekolah Lain |
| |
Pengumuman Headcount |
Tuesday, May 26, 2009 |
Kepada semua Ketua Panitia dan Penolong KP, sila lengkapkan borang HC 1 dan serahkan kepada penyelaras headcount selewat-selewatnya pada 27 Mei 2009. Borang-borang boleh di download di bawah: Labels: Headcount |
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 5:12 PM |
|
|
Sambutan Hari Guru 2009 |
Saturday, May 16, 2009 |
Sipitang, 16 Mei 2009(Sabtu). SMK Padang Berampah telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah bertempat di dewan kantin sekolah.Pelbagai acara telah diadakan sempena sambutan hari guru pada tahun ini antaranya pertandingan badminton, kempen derma darah,sukaneka untuk guru-guru, malam BBQ dan seterusnya pada 16.05.2009 diakhiri dengan majlis penutupan.
Labels: Program Sekolah |
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 6:41 PM |
|
|
PENGUMUMAN KEPADA SEMUA GURU DAN AKS SMKPB |
Thursday, May 14, 2009 |
PENGUMUMAN KEPADA SEMUA GURU DAN AKS
KEPUTUSAN PTK MAC 2009 AKAN DIUMUMKAN PADA 18 MEI 2009. TUAN PUAN BOLEH MENYEMAK KEPUTUSAN PTK MELALUI DUA CARA:
1) MELALUI INTERNET: http://www.mpm.edu.my/ptkreg/index.php mulai jam 8:30 pagi, 18 May 2009
2) MELALUI SMS: taip PTK No. K/P dan hantar ke 39003 mulai 12:01 tengah malam, 18 May 2009
PENGUMUMAN KEDUA KEPADA SEMUA GURU DAN AKS SMKPB SATU TAKLIMAT TENTANG PTK UNTUK BULAN OGOS, OKTOBER DAN DISEMBER AKAN DIADAKAN PADA: TARIKH: 18 MEI 2009 TEMPAT: BILIK GERAKAN MASA: 12.30 TENGAH HARI
SEMUA GURU DAN AKS WAJIB HADIR
SEMOGA BERJAYA
INFO: GURU DATA |
posted by Editor MB @ 2:30 PM |
|
|
Sajak Guru O Guru |
Tuesday, May 12, 2009 |
BERBURU ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG 1979Labels: Umum |
posted by Pena Mutiara @ 9:58 PM |
|
|
Program Sihat Minda Dan Lawatan Rasmi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah Ke Bahagian Pedalaman Bawah |
Saturday, May 9, 2009 |
Beaufort, 09 Mei 2009 (Sabtu). Pelancaran program sihat minda dan lawatan rasmi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negari Sabah telah diadakan di Dewan Sekolah St. Paul Beaufort. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB En. Kamarlin Hj Ombi Adun N.27 Lumadan. Antara program lawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Datuk Haji Awang Zaini Hj Suntim ke Bahagian Pedalaman Bawah ialah penyampaian sijil-sijil kepimpinan pengakap dan watikah perlantikan kepada pemimpin-pemimpin pengakap.
Labels: Berita |
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 5:47 PM |
|
|
Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Daerah Sipitang 2009 |
Thursday, May 7, 2009 |
Sipitang, 07 Mei 2009 (Khamis). Pertandingan Bahas Bahasa Melayu ala Perlimen sekolah menengah peringkat daerah sipitang tahun 2009 telah diadakan di SMK Padang Berampah. Sebanyak 3 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut iaitu SMK Pengiran Omar, SMK Padang Berampah dan SMK Pengiran Omar II. Keputusan rasmi pertandingan tersebut SMK Padang Berampah (Johan), SMK Pengiran Omar (Naib Johan) dan SMK Pengiran Omar II (Ke-3). Syabas dan tahniah di atas kejayaan ini.
Labels: Berita |
posted by Pena Mutiara @ 8:25 PM |
|
|
Kempen Derma Darah Sempena Hari Guru SMK Padang Berampah |
Wednesday, May 6, 2009 |
Sipitang, 05 Mei 2009. SMK Padang Berampah dengan kerjasama Hospital Sipitang telah menganjurkan kempen derma darah khusus untuk guru-guru dan ibu bapa sempena sambutan hari guru peringkat sekolah.
Labels: Iklan/Kempen |
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 12:10 AM |
|
|
Sekitar Hari Keluarga SMK Padang Berampah Tahun 2009 |
Monday, May 4, 2009 |
Lawas, Sarawak. 02 Mei 2009, Kelab Kebajikan Dan Rekreasi SMK Padang Berampah telah mengadakan hari keluarga bertempat di Kg Pengalih Lawas, Sarawak. Berbagai aktiviti dan sukaneka telah diadakan antaranya pertandingan baling telur, membuat teh tarik, makan pisang dan membawa kacang menggunakan copstik. Berikut beberapa rakaman yang sempat dirakam oleh kamera kami. Labels: Program KKRS |
posted by Pena Mutiara @ 7:58 PM |
|
|
Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah Sipitang 2009 |
|
Sipitang, 04 Mei 2009 (Isnin) telah diadakan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah peringkat Daerah Sipitang bertempat di Dewan Serbaguna Sipitang. SMK Padang Berampah telah menghantar seramai 9 orang peserta untuk mengikuti pertandingan nasyid sempena festival tersebut bagi kategori sekolah menengah. Keputusan rasmi SMK Padang Berampah mendapat tempat ke-3, manakala Nurhazizan Md. Saidi (4 Ikhlas) dinobatkan sebagai solo terbaik kategori sekolah menengah. Pegawai SMKPB yang terlibat:
- Ustazah Noraini Hj Mohd Yusuf ( Jurulatih)
- Ustaz Khalil Illias (Guru Pengiring)
Labels: Berita |
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 3:41 PM |
|
|
Mengapa 16 Mei Disambut Sebagai Hari Guru |
Friday, May 1, 2009 |
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.
DEFINISI LOGO HARI GURU
Warna-warna yang terdapat pada logo Hari Guru:
PUTIH Melambangkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
PERAK Melambangkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh.
KUNING Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti terkandung dalam bendera Malaysia.
MERAH Melambangkan keteguhan semangat.
BIRU Melambangkan perpaduan dan muhibah.Labels: Berita |
posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 4:26 PM |
|
|
Tema Perayaan Hari Guru 2009 |
|
Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Rasional pemilihan tema tersebut ialah:
a. Guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuang dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui system pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar. b. Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan kepesatan dunia luar. c. Kecekapan dan keberkesanan guru menerusi system pendidikan membina negara bangsa yang berjaya. d. Peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.
Lagu Tema Hari Guru 2009
Bersedia melangkah megah Walaupun sukar baktiku curah Demi mu ibu pertiwi Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa Kukuhkan cinta kepada Negara Berjasa terus berjasa Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa Gagah perjuangkan visi Negara Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa Tetap Unggul senadakan suara Sehaluan menggapai matlamatnya Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin Pengubah Muzik : Marzuki bin TambiLabels: Berita |
posted by Pena Mutiara @ 2:40 PM |
|
|
|
Pautan PENTING |
|
Penulis |
1. SMKPB
2. Mr. Etok Gatz
3. Editor MB
4. Unknown
5. Pena Mutiara
6. elnino moona
|
Kiriman Terdahulu |
|
Capaian |
|
E-Surat Khabar |
|
Pautan |
|
Pautan ke Laman Ilmu |
|
|