Terima kasih kerana melawat blog ini. Anda merupakan pelawat yang ke:

 


MISI
Membangun Potensi Murid Melalui Pendidikan Berkualiti Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
VISI
SMK Padang Berampah menjadi Sekolah Terbaik di Daerah Sipitang menjelang tahun 2013.
NILAI
* Teamwork
* Akauntabiliti
* Profesionalisme
* Integriti
Pautan ke Blog Sekolah Lain
Fenomena Cuaca ... El Nino
Sunday, June 28, 2009
Apakah El Nino ?

Setiap tiga ke tujuh tahun, suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang diperhatikan ini dipanggil El Nino. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya lembap dialami.

Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9 ke 18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya. El Nino yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.

Maklumat lanjut Jabatan Meteorologi Malaysia sentiasa mengemaskini ramalan cuaca bermusim di dalam laman web di http://www.met.gov.my Jabatan boleh dihubungi di 03-79678000.

Labels:

posted by Pena Mutiara @ 12:59 PM   0 comments
Perkhemahan Integrasi Kadet JPAM Peringkat Negeri Sabah
Thursday, June 25, 2009
Pada 16-19 Jun 2009 telah diadakan perkhemahan integrasi kadet Jabatan Pertahanan Awam Malaysia kali ke-4 peringkat negeri Sabah bertempat di Pusat Ko-Kurikulum SK Merintaman, Sipitang. Seramai 40 orang kadet JPAM SMK Padang Berampah telah mengikuti perkemahan tersebut dan seramai 8 orang telah terpilih untuk mewakili negeri Sabah ke peringkat Kebangsaan.





Foto : Awil Willie

Labels:

posted by Pena Mutiara @ 8:05 PM   0 comments
Selamat Datang Guru Praktikum UMS Ke SMK Padang Berampah
Wednesday, June 24, 2009
Selamat datang ke SMK Padang Berampah kepada guru praktikum UMS yang telah melapor diri untuk memulakan latihan mengajar di sekolah ini pada 15 Jun 2009.Mereka adalah dari kumpulan Guru LM fasa 2 seramai 6 orang yang terdiri dari 4 orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan. Semoga kehadiran cikgu akan memantapkan lagi setiakawan dan setiawarga SMK Padang Berampah untuk menjadikan sekolah ini sekolah terbaik bukan sahaja di Sipitang malah di seluruh Malaysia. Semoga kedatangan cikgu-cikgu diterima dan disenangi oleh seluruh warga guru, staf dan murid sekolah ini. Mari kita bersama-sama berganding bahu dengan seluruh warga bagi memajukan sekolah ini dan seterusnya merealisasikan dan menjayakan visi sekolah (SMK Padang Berampah menjadi Sekolah Terbaik di Daerah Sipitang menjelang tahun 2013).

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 9:26 PM   1 comments
SPM: Lulus BI wajib?
Tuesday, June 9, 2009
Oleh
ROHANI IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Jun – Orang ramai dipelawa mengemukakan pandangan masing-masing kepada Kementerian Pelajaran mengenai isu mewajibkan calon lulus mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu lagi perkara yang memerlukan pandangan orang ramai ialah pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah pada masa ini yang tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi hanya untuk berkomunikasi.
“Kementerian Pelajaran bukan hendak buat apa-apa keputusan atau cadangan berhubung kedua-dua perkara itu.

“Saya sekadar melontarkan perkara itu kepada masyarakat untuk mendapatkan pandangan. Saya anjurkan supaya ada maklum balas masyarakat dalam bentuk debat,” katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung pertama Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara di sini hari ini.

Hadir sama presiden penaja persatuan alumni itu, Tan Sri Yahaya Ibrahim.
Muhyiddin menambah, memandangkan beliau hanya ingin mengumpul pandangan berhubung kedua-dua perkara itu maka tiada sebarang tempoh yang ditetapkan untuk orang ramai mengemukakan pendapat.

“Mempelajari bahasa Inggeris tetapi tidak mewajibkan pelajar untuk lulus subjek berkenaan dalam SPM menjadikan standard bahasa Inggeris merosot.
“Saya juga memerlukan pandangan masyarakat mengenai pembelajaran bahasa Inggeris pada hari ini yang tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi untuk perbualan,” jelasnya.
Muhyiddin menambah, beliau melihat dua perkara itu dari sudut bagaimana kerajaan hendak tingkatkan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris.

“Adakah ketiadaan syarat yang mewajibkan lulus bahasa Inggeris untuk lulus SPM menjadikan pelajar kurang minat menguasai bahasa Inggeris?” soal beliau.
Timbalan Perdana Menteri menambah, masyarakat perlu memberi pandangan sama ada pelajar luar bandar akan menjadi mangsa jika bahasa Inggeris dijadikan subjek wajib lulus untuk lulus dalam SPM.

“Pada masa ini, lebih kurang 70 peratus pelajar boleh dikatakan lulus bahasa Inggeris tapi kalau lulus dan tidak menggunakan bahasa itu ia tidak membawa apa-apa.
“Bolehkah pelajar memberi perhatian lebih serius dalam subjek Bahasa Inggeris jika ia salah satu subjek wajib lulus untuk mereka lulus SPM. Saya mahu masyarakat memikirkan perkara ini,” katanya.
Sumber : Utasan online
P/S : Sekiranya anda berminat untuk membuat undian..lawatilah pautan berikut :
  1. UBK SMK Padang Berampah : http://ubksmkpb.blogspot.com/
  2. Panitia PSV SMK Padang Berampah : http://psvsmkpb.blogspot.com/
  3. Panitia P.Islam SMK Padang Berampah : http://ppismkpb.blogspot.com/
  4. Unit Disiplin SMK Padang Berampah : http://disiplinsmkpb.blogspot.com/

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 9:11 PM   0 comments
Pautan PENTING
Penulis
1. SMKPB
2. Mr. Etok Gatz
3. Editor MB
4. Unknown
5. Pena Mutiara
6. elnino moona
Kiriman Terdahulu
Capaian
E-Surat Khabar
Pautan
Pautan ke Laman Ilmu
http://smpbsipitang.blogspot.com