Terima kasih kerana melawat blog ini. Anda merupakan pelawat yang ke:

 


MISI
Membangun Potensi Murid Melalui Pendidikan Berkualiti Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
VISI
SMK Padang Berampah menjadi Sekolah Terbaik di Daerah Sipitang menjelang tahun 2013.
NILAI
* Teamwork
* Akauntabiliti
* Profesionalisme
* Integriti
Pautan ke Blog Sekolah Lain
Hari Keluarga SMK Padang Berampah 2009
Monday, April 27, 2009
Pada 02 Mei 2009 ini, Kelab Kebajikan Dan Rekreasi SMK Padang Berampah (KKRS) akan mengadakan Hari Keluarga SMK Padang Berampah 2009 yang akan diadakan di Kampung Pengalih, Sarawak.Hari keluarga itu nanti akan diserikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar yang pastinya akan menguji anda semua.
Antara acara yang akan diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan teh tarik, pass telur, kacang copstik, (Remaja) bawa limau dalam sudu, pecah belon, (Kanak-kanak) tiup belon, mencari gula-gula dalam tepung dan banyak lagi.
Datanglah beramai-ramai bersama keluarga anda untuk memeriahkan hari keluarga SMK Padang Berampah. Jangan lupa bawa kad pengenalan untuk urusan imigresen/ sempadan.
P/S : Jangan lupa bawa makanan dan minuman untuk memperbagaikan lagi menu.

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 2:51 PM   0 comments
Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Padang Berampah Kali Ke-10
Thursday, April 23, 2009
Majlis Anugerah Kecemerlangan kali ke-10 SMK Padang Berampah telah diadakan pada 23 April 2009 (Khamis) jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Kantin SMK Padang Berampah. Perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan ini telah disempurnakan oleh Pn. Hjh Maimunah Hj Suhaibul, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, JPNS.Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua lulusan.





Pihak SMK Padang Berampah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini. Penghargaan juga buat pihak yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan majlis ini.
Fotografi : Mr Willie and Fajil.com

Labels:

posted by Pena Mutiara @ 9:57 PM   0 comments
SMKPB Johan Bola Tampar Lelaki 18TKB MSSD Sipitang 2009
Pada 21 April 2009 (Selasa) Pasukan Bola Tampar SMK Padang Berampah 18TKB(Lelaki) telah menjadi johan dalam pertandingan bola tampar MSSD Sipitang tahun 2009. Manakala Pasukan Bola Tampar 18TBK(Perempuan) SMK Padang Berampah mendapat tempat kedua. Keputusan rasmi 18TKB(Lelaki), SMKPB (Johan), SMKPO II (Naib Johan) dan SMKPO (Tempat ke-3). Bagi 18TKB(Perempuan), SMKPO (Johan), SMKPB (Naib Johan), SMKPO II (Tempat Ke-3).

Pegawai SMKPB yang terlibat:
  1. En Dawat Liaw (Ketua Jurulatih)
  2. En Mohd Fazil (Jurulatih Lelaki)
  3. En Ardi Asbullah (Jurulatih Teknikal)
  4. Pn Hellen John (Jurulatih Perempuan)
  5. Pn Merduwatie (Pen. Jurulatih Perempuan)


Tahniah dan Terima kasih kepada jurulatih yang terlibat. Pihak Sekolah juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak S.F.I kerana membenarkan pihak sekolah menggunakan gelanggang mereka.

Labels:

posted by Pena Mutiara @ 2:55 PM   0 comments
Persiapan Menjelang MAK Kali Ke-10
Tuesday, April 21, 2009
Berikut beberapa rakaman yang sempat diambil oleh kamera kami untuk tatapan warga SMK Padang Berampah. Antara persiapan telah dilakukan sebelum Majlis Anugerah Kecemerlang (MAK) yang akan berlangsung pada 23 April 2009 ini.


Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 4:04 PM   0 comments
Mesyuarat MAK Kali Ke-3
Saturday, April 18, 2009
Mesyuarat Majlis Anugerah Kecemerlangan (MAK) SMK Padang Berampah untuk kali ke-3 telah diadakan pada 18 April 2009 jam 10.00am bertempat di Bilik Gerakan SMK Padang Berampah.



Gambar Semasa Mesyurat MAK kali ke-3

Fotografi by Fajil.com

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 2:45 PM   0 comments
Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Sipitang 2009
Thursday, April 16, 2009
SMKPB telah menghantar 2 pasukan terdiri daripada lelaki dan perempuan 18tkb. Pihak pengurus dan jurulatih membuat percaturan berani dengan menghantar murid-murid tingkatan 1 dan 2 sahaja. Keputusan rasmi SMKPB mendapat tempat ke-3 untuk kedua-dua kategori.



Berikut adalah pengurus dan jurulatih yang mengiringi pemain-pemain ke kejohanan tersebut.


1) En. Jeffery Intim
2) En. Anuar Mat Yusuf
3) En. Ardy Asbullah





Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya diharap dapat menimba pengalaman yang berharga dan seterusnya menjulang kejuaraan di masa akan datang.





posted by Editor MB @ 12:03 PM   0 comments
Aktiviti Ko-kum kali ke-4 smkpb...

Aktiviti ko-kurikulum pada bulan ini amat memberangsangkan dan menggalakan kerana kehadiran murid yang hampir 100%. Murid-murid juga begitu bersemangat menjalankan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh guru-guru penasihat. Pada perjumpaan kali ini terdapat kemajuan dan peningkatan ilmu dan kemahiran di kalangan murid-murid dalam menjalankan aktiviti ko-korikulum. Di bawah adalah sebahagian gambar kelab dan persatuan serta unit beruniform yang sempat di ambil oleh wartawan lokasi.





Gambar sebahagian guru-guru penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)


Gambar sebahagian aktiviti kawad kaki murid-murid PBSM



Cikgu Azman sedang memberi penerangan kepada murid-murid Persatuan Bahasa Melayu. Mereka sedang belajar lirik dan lagu-lagu puitis dan irama traditional.

Ust. Ahmad Bakri dan Cikgu M. Yaman sedang menurunkan ilmu tentang memancing kepada murid-murid kelab memancing. Kelab ini adalah diantara kelab yang diminati ramai oleh murid-murid smkpb.





posted by Editor MB @ 9:57 AM   0 comments
Kesombongan Dan Keegoan
Tuesday, April 14, 2009
Diterjemahkan dari syair arab:

Ku mempunyai teman cinta dunia.
Banyak kesalahan dari kebenaran yang ia ada.
Lebih keras dari kumbang kepala.
Berjalan lebih sombong dari burung gagak.

Ku berkata pada orang yang sombong.
Temanku mati tidak boleh kembali.
Wahai orang dihadang kematian.
Mengapa tidak mahu merendah diri?

Wahai orang sombong keterlaluan.
Kita adalah selonggok tanah.
Kehidupan ini hanyalah permainan.
Setiap langkah menuju pada kematian.

Labels:

posted by Pena Mutiara @ 3:11 PM   0 comments
Program SEMAI SMK Padang Berampah
Monday, April 13, 2009
SEMAI adalah ringkasan kepada sepuluh minit membaca asas ilmu. Program ini mula dilaksanakan pada 13 April 2009 khusus untuk pelajar tingkatan 1 dan 2 (sesi petang).Melalu program ini pelajar diberi masa selama 10 minit untuk membaca artikel, surat khabar, majalah ilmu atau bahan-bahan bacaan, selepas itu beberapa orang pelajar dipilih untuk membuat huraian tentang bahan bacaan yang mereka telah baca.
Untuk permulaan, pihak sekolah telah mengedarkan dua artikel iaitu dalam B.I (Kelas ABC) dan BM (Kelas DEF) dan beberapa pelajar telah dipilih secara rawak untuk membuat huraian tentang bahan bacaan yang telah mereka baca. Antara pelajar yang terlibat ialah Nyra Nabyla Mat bidin, Alvivie Florens Alip, Akira Juni dan ramai lagi.
Tujuan program ini antaranya ialah memupuk minat membaca di kalangan pelajar. Mudah-mudahan program ini berjalan lancar seperti yang dirancang dan mencapai matlamatnya.

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 3:30 PM   0 comments
Berfikir Dengan Bijak Sebelum Bertindak...
Thursday, April 9, 2009
Manusia diberikan kebebasan untuk bertindak bagi memastikan tercapainya matlamat hidup. Namun tindakan yang dilakukan hendaklah dengan cara yang bijaksana atau dengan kata lain berfikir dahulu sebelum bertindak.

Tindakan yang dilakukan tanpa berfikir akan menimbulkan kesan yang tidak baik, setiap tindakan memerlukan perancangan yang teratur kerana tanpa perancangan tindakan kita menemui kegagalan. Oleh itu, setiap tindakan yang kita lakukan memerlukan usaha yang bersungguh-sunguh dan jangan melakukan dengan sambil lewa.

Sebelum bertindak, perancangan yang betul dan sistematik perlu dibuat untuk menepati matlamat. Contohnya, seseorang pelajar perlulah melakukan perancangan dan berusaha bersungguh-sungguh. Matlamat yang hendak dicapai mestilah terang dan jelas supaya segala usaha dan tindakan tidak bercanggah dengan matlamat.

Berfikir dengan bijak sebelum bertindak akan mendatangkan kesan yang baik seperti tidak berlaku pembaziran wang, tenaga dan masa, menghasilkan mutu kerja yang cemerlang, kerja yang bersistemetik ke arah mencapai matlamat, menimbulkan semangat bekerja kerana perancangan dan matlamat adalah jelas seterusnya melahirkan individu yang maju dan berwawasan...

Labels:

posted by Pena Mutiara @ 12:24 PM   0 comments
Pengumuman Dari Unit Jadual Waktu Sekolah...
Wednesday, April 8, 2009
Untuk makluman semua guru dan pelajar SMK Padang Berampah Sipitang Sabah (XEA6201)
Perubahan Jadual Waktu sekolah telah dilakukan oleh unit jadual waktu sekolah. Semua guru dan pelajar SMK Padang Berampah dinasihat agar mengambil perhatian bahawa bermula pada 13 April 2009 jadual baru akan mula digunakan.
Sekiranya anda belum mendapatkan jadual waktu terbaru sila berhubung dengan penyelaras jadual waktu sekolah En Anuar (Sesi Pagi) dan Ust Ahmad Bakri (Sesi Petang).
Keperihatan dan kerjasama anda semua akan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 9:08 PM   0 comments
Adab Dan Etika Terhadap Kawan
Tuesday, April 7, 2009
Lazimnya manusia tidak boleh hidup bersendirian, sebaliknya memerlukan teman atau kawan dalam menjalani liku-liku kehidupan seharian. Teman atau kawan ialah orang yang paling rapat dengan kita selain ibu bapa dan keluarga, lebih-lebih lagi rakan sebaya.Rakan atau sahabat yang baik adalah tempat kita berbicara, meluahkan sesuatu masalah dan sebagainya.

Oleh itu, dalam soal berkawan kita hendaklah menghormati kawan dengan cara memberi kerjasama atau pertolongan apabila diperlukan, menyuruh sahabat atau kawan melakukan kebaikan dan taat kepada perintah Allah sekiranya kawan tersebut terpesong dari lunas-lunas kehidupan yang sebenar, bersopan santun ketika bercakap dengan rakan kita dan janganlah terlalu banyak bergurau kerana gurauan yang melebihi batas akan mengaibkan kawan dan seterusnya mencetuskan pergaduhan.

Buat kawan-kawan ku, hendaklah kita sentiasa mengamalkan sikap mudah memberi senyuman dan bertegur sapa apabila bertemu serta tidak menaruh sangkaan buruk terhadap rakan, apabila rakan melakukan kesalahan, kita hendaklah menegur dan menasihatinya dengan cara yang baik.

Dalam menjalani kehidupan berkawan seharusnya kita mengelakkan diri dari bersikap sombong dan angkuh dengan kelebihan sendiri, suka menyakiti hati sahabat, menghina rakan yang mempunyai taraf kehidupan yang rendah, mengaibkan rakan dikhalayak ramai dan mementingkan diri sendiri serta tidak mempunyai belas kasihan terhadap rakan yang dalam kesusahan...

Labels:

posted by Pena Mutiara @ 9:32 AM   0 comments
Selamat Datang Guru Baru Ke SMK Padang Berampah
Sunday, April 5, 2009
Selamat datang ke SMK Padang Berampah kepada guru baru yang telah melapor diri untuk mula bertugas di sekolah ini.Mereka adalah dari kumpulan GSTT seramai 5 orang yang terdiri dari 3 orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan. Semoga kehadiran cikgu akan memantapkan lagi setiakawan dan setiawarga SMK Padang Berampah untuk menjadikan sekolah ini sekolah terbaik bukan sahaja di Sipitang malah di seluruh Malaysia. Semoga kedatangan cikgu-cikgu diterima dan disenangi oleh seluruh warga guru, staf dan murid sekolah ini. Mari kita bersama-sama berganding bahu dengan seluruh warga bagi memajukan sekolah ini dan seterusnya merealisasikan dan menjayakan visi sekolah (SMK Padang Berampah menjadi Sekolah Terbaik di Daerah Sipitang menjelang tahun 2013).

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 2:40 PM   2 comments
Majlis Perpisahan Guru-Guru Dan AKS Anjuran KKRS SMK Padang Berampah
Friday, April 3, 2009
Gambar ihsan dari MR Jusmanizal (UBK)
Pada 02 April 2009 Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Sekolah (KKRS) SMK Padang Berampah telah mengadakan majlis perpisahan bagi 3 orang guru dan 1 orang AKS yang telah berpindah ke sekolah dan bidang profesion yang lain. Mereka adalah Pn Rose Maurina David Embee, Pn Sally Semion (Berpindah ke Kota Kinabalu), En Abdul Rauf Sapar (SK Melingan>SK Kawang) dan Pn Rusinah Marasin (Hospital Sipitang).Teruskan perjuangan di tempat yang baharu....Kepada KKRS SMK Padang Berampah tahniah kerana mengadakan majlis tersebut.

Labels:

posted by Ustaz Ahmad Bakri @ 9:57 PM   0 comments
Pautan PENTING
Penulis
1. SMKPB
2. Mr. Etok Gatz
3. Editor MB
4. Unknown
5. Pena Mutiara
6. elnino moona
Kiriman Terdahulu
Capaian
E-Surat Khabar
Pautan
Pautan ke Laman Ilmu
http://smpbsipitang.blogspot.com