Terima kasih kerana melawat blog ini. Anda merupakan pelawat yang ke:

 


MISI
Membangun Potensi Murid Melalui Pendidikan Berkualiti Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
VISI
SMK Padang Berampah menjadi Sekolah Terbaik di Daerah Sipitang menjelang tahun 2013.
NILAI
* Teamwork
* Akauntabiliti
* Profesionalisme
* Integriti
Pautan ke Blog Sekolah Lain
Gerhana Matahari Separa di Malaysia pada 26 Jan 2009
Saturday, January 24, 2009
Dalam masa 2 hari lagi, dunia akan menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin.Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.Di dalam kes 26 Januari nanti, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.
posted by Editor MB @ 12:11 PM   3 comments
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina
Friday, January 23, 2009
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua guru2 dan murid2 yang merayakan sambutan ini. Diucapkan "Gong Xi Fa Chai". Marikan kita sama2 merayakan perayaan ini bersama2 dengan rakan-rakan kita yang chinese.....

Jgn lupa limau mandarin ya.....
posted by Editor MB @ 3:04 PM   0 comments
Pembukaan Blog Khas Sempena KOT 2009
Sempena Kejohanan Olahraga Tahunan 2009, satu blog khas telah dibuka hanya untuk sembang-sembang mengenai KOT.
Sila klik alamat di bawah atau pada pautan di sebelah.

http://kot2009smpb.blogspot.com

Semoga sembang-sembang KOT akan lebih rancak di blog berkenaan.

Sekian, harap maklum
posted by SMKPB, Sipitang Sabah @ 11:11 AM   0 comments
Acara Tarik Tali Guru2 penasihat Rumah Sukan..
Wednesday, January 21, 2009
Tahun ini sukan KOT mencipta kelainan iaitu mengadakan acara sampingan khas untuk guru2 penasihat rumah sukan. Acara tarik tali ini akan diadakan sebelum acara raptai dimulakan. Hanya 8 orang guru penasihat dibenarkan mewakili setiap rumah sukan. Mereka terdiri 4 lelaki dan 4 perempuan. Setelah cabutan undi dijalankan selepas mesyuarat KOT hari ini, keputusan undi tersebut adalah seperti berikut:

1. Bendahara vs Syahbandar
2. Temenggung vs Laksamana

Sistem pertandingan ini adalah kalah mati.

Pada anggapan tuan/puan siapakah pasukan yang layak masuk ke final nanti?......
Sila berikan komen anda di sampul surat komen:)

Semua guru penasihat rumah sukan diminta untuk membuat latihan yang secukupnya.
posted by Editor MB @ 4:58 PM   5 comments
Tahniah kepada rumah sukan yang berjaya
Sunday, January 18, 2009
Sekalung tahniah kepada rumah sukan Temenggung kerana telah berjaya dalam pertandingan sukan tara baru-baru ini. Tahniah juga diucapkan kepada rumah sukan Bendahara yang telah memenangi Larian KPM. Kejayaan yang anda perolehi adalah hasil usaha keras guru-guru penasihat rumah sukan dan atlit-atlit terbabit untuk menjuarai pertandingan itu. Kepada rumah sukan lain anda juga mempunyai potensi yang tinggi dan berbakat besar tapi nasib belum menyebelahi anda..Semoga keempat-empat rumah sukan akan terus berusaha lebih gigih lagi bagi merebut gelaran juara Kejohanan Olahraga Tahunan(KOT) yang akan diadakan pada 29-31/1/09 nanti. Akhir kata bersainglah anda secara sihat untuk masa depan sukan negara kita.

TEMENGGUNG BOLEH!!!!
posted by Editor MB @ 9:49 PM   0 comments
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Saturday, January 3, 2009
Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid serta guru SMK Padang Berampah, Sipitang.
Pada 02 Januari 2009(Jumaat) baru-baru ini, telah diadakan sesi pendaftaran bagi semua murid dan walaupun suasana pendaftaran agak meriah, masih ramai murid yang gagal menghadirkan diri.

Pada hari tersebut juga, telah diadakan mesyuarat guru kali pertama bagi tahun 2009. Berikut adalah antara makluman yang penting kepada semua warga SMPB:

05 - 09 Jan 2009 : Minggu Orientasi Murid Tingkatan 1
12 Jan 2009 (Isnin) : Perjumpaan Rumah Sukan
13 Jan 2009 (Selasa): Perjumpaan KOKUM
14 Jan 2009 (Rabu) : SUKAN TARA
16 Jan 2009 (Jumaat): MERENTAS DESA

Pada hari isnin hadapan (05 Jan 2009), sesi p&p akan dijalankan. Diminta kepada semua murid untuk menyediakan semua keperluan yang sepatutnya.

Sekian, harap maklum.

"Melonjak Kecemerlangan Sekolah"
posted by SMKPB, Sipitang Sabah @ 8:21 PM   0 comments
PELAJAR CEMERLANG USAH TUKAR SEKOLAH
Friday, January 2, 2009
Dipetik daripada Berita Harian,
02 Januari 2009

BERITA kehangatan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini mungkin tidak begitu meriah kerana media dipenuhi berita sensasi termasuk pergolakan terbaru di Palestin.[+]
posted by SMKPB, Sipitang Sabah @ 9:50 PM   0 comments
Pautan PENTING
Penulis
1. SMKPB
2. Mr. Etok Gatz
3. Editor MB
4. Unknown
5. Pena Mutiara
6. elnino moona
Kiriman Terdahulu
Capaian
E-Surat Khabar
Pautan
Pautan ke Laman Ilmu
http://smpbsipitang.blogspot.com